Perkiraan kematian Pandemik_selesema_1957–1958

Penyakit ini dianggarkan mempunyai kadar komplikasi 3% dan mortaliti 0,3% di United Kingdom.[2] Secara keseluruhan, pandemik ini menyebabkan 1 hingga 2 juta kematian di seluruh dunia;[1] Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat menganggarkan 1,1 juta kematian di seluruh dunia.[5] Menurut satu kajian dalam Journal of Infectious Diseases, peningkatan kematian tertinggi berlaku di Amerika Latin.[6] Sekitar 70.000[4] hingga 116.000 orang meninggal di Amerika Syarikat.[7] Pada awal 1958 di United Kingdom, seramai 14.000 orang telah meninggal akibat selesema dari jumlah 9 juta orang yang jatuh sakit.[2] Menurut kajian oleh Barbara Sands, beberapa peningkatan kematian yang dikaitkan dengan program Lompatan Jauh ke Depan di China mungkin sebenarnya diakibatkan oleh selesema 1957. Selesema ini tidak berbahaya berbanding pandemik selesema Sepanyol 1918.[8]

Rujukan

WikiPedia: Pandemik_selesema_1957–1958 //doi.org/10.1093%2Finfdis%2Fjiv534 //doi.org/10.1186%2Fs12879-016-1716-7 //doi.org/10.3399%2Fbjgp09X453882 //www.worldcat.org/issn/1471-2334 https://bmcinfectdis.biomedcentral.com/articles/10... https://www.britannica.com/event/Asian-flu-of-1957 https://www.irishtimes.com/culture/heritage/an-asi... https://www.theatlantic.com/business/archive/2020/... https://www.cidrap.umn.edu/news-perspective/2005/0... https://www.cdc.gov/flu/pandemic-resources/1957-19...